Saturday, July 29, 2017

Dear Diary 9

dah 7 minggu masuk asasi. okay memang stress giler. quiz dan test teruk giler. orang kata first test memang teruk. tapi teruk aku ni teruk sangat! T_T habis test terus nangis. rasa menyesal pun ada sebab tak pergi interview ipg. tapi tak tau lah. dari sekolah lagi aku memang nak masuk sangat asasi. tengok kakak dan abang masuk asasi. tapi aku lupa kakak abang aku tu pandai-pandai. bukan macam aku yang biasa-biasa. bila masuk terasa kerdil sangat diri ni. diorang ramai dari sekolah asrama. kalau sekolah harian pun diorang pandai-pandai. tapi aku bersyukur dapat roomate dan housemate yang care pasal aku. yang banyak tolong aku, nasihat aku. hahaha. bunyi macam dah lama je dok asasi padahal baru sebulan lebih. belum masuk dua bulan pun lagi. kadang-kadang aku tertekan sebab aku ni jenis lambat tangkap apa yang orang jar. aku jenis yang orang kena ajar aku banyak kali baru aku faham gila-gila. ajar sekali then aku belajar sendiri susah sikit. aku lebih kepada mendengar. aku baca sendiri baca kuat-kuat tapi tak faham tak guna. tapi kena fahamkan jugak. tapi kena ingat, belajar kerana ALLAH. kita berjihad. mencari ilmu ALLAH.

sekarang kat rumah. release stress dengan balik rumah. jumpa mak ayah. adik-beradik. main kucing tengok ikan. hahaha. satu je aku doa, supaya ALLAH berkati jihad aku dengan kawan-kawan. permudahkan urusan kami dan murahkan rezeki kami dengan kejayaan. aminn.

No comments:

Post a Comment